Sebagai pengguna, saya pernah tersenyum mengamati Terrminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS) yang cantik, kondusif dan selesa untuk orang ramai. Sebagai rakyat Malaysia yang mendambakan keselesaan ketika menggunakan perkhidmatan awam, TBS boleh dikatakan memenuhi keselesaan pengguna. Oleh itu " TERIMA KASIH MALAYSIA" kerana menyediakan kelengkapan ini untuk kemudahan rakyat.
Namun, saya mendapati kawasan tersebut masih lagi lengang sekalipun keadaan ini telah dihebahkan melalui media. Ketika itu difahamkan, pengusaha bas tidak mahu berpindah dari tapak sementara Bukit Jalil. Tidak tahu di mana masalahnya. Mungkin jika berpindah ke TBS pengusaha bas kurang mendapat untung atau Mungkin orang ramai lebih selesa ke Bukit Jalil berbanding ke TBS. Walau apa jua alasannya, hal ini telah mengakibatkan TBS tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Apabila berlaku suatu keadaan dimana TBS kurang terkesan penggunaannya atau tidak begitu mendapat sambutan, adakah akan ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa TBS ini suatu pembaziran? Apakah pada tahun 2020 nanti keadaan kita membeli tiket bas masih sama seperti berada di terminal sementara bukit jalil?
No comments:
Post a Comment