Friday, March 4, 2011

Warisan sejarah kini tinggal kenangan?

Alkisahnya ingin bercuti-cuti Malaysia di Labuan Pulau Mutiara. Walaupun pernah mengunjungi Labuan sebelum ini tetapi teringin untuk mengunjunginya sekali lagi sebagai pelancong tempatan.

Menaiki penerbangan seawal jam 7.45 pagi, kami tiba di Labuan pada jam 10.00 AM. Sahabat saya yang bekerja di Sekolah Antarabangsa Labuan setia menanti ketibaan kami di Lapangan Terbang. Dialah bakal Pemandu Pelancong kami di Labuan. Terima kasih SAHABATKU FARIDAH HAZIS.

Sebelum memulakan langkah, sahabatku membawa kami menikmati makan tengahari pertama kami. Hidangan yang paling mencuri tumpuan adalah AIR BANDUNG MADRAS...

inilah BANDUNG MADRAS


Setelah kenyang, kami memulakan perjalanan mengeliligi satu Labuan. Jam Baru menunjukkan jam 3 PM tp kami sudah melalui War Memorial, The Marine Park yang bersebelahan dengan Pusat Sukan Air Labuan, Ujana Kewangan untuk memborong coklat,  menikmati Air kelapa muda bernilai RM3 di pantai pancur hitam Labuan , Universiti Malaysia  Sabah (kampus Antarabangsa Labuan) dan sekitar bandar labuan. Nampaknya Labuan merupakan sebuah bandar yang kecil. Destinasi pertama yang boleh dikatakan paling menarik 'The Chimney'.
Inilah Chimney. 
Tempat ini masih tidak berubah sejak kali pertama  ke sini pada tahun 2003

The Chimney’ kononnya sebuah rumah yang besar yang tidak siap. Ada juga yang mengatakan  bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi bagi kapal-kapal yang berlalu. Ingin tahu lebih lanjut mengenainya boleh layari laman web ini http://www.pl.gov.my/chimney. Kemudian teringin pula melawat Terowong Bekas Arang Batu Labuan yang  mana terowong itu dikatakan digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan menyalurkan bekalan makanan dari laut. Disnilah kisahnya bermula...
 
 kawasan laluan masuk ke terowong arang batu

Sebenarnya tempat ini berdekatan dengan The Chimney. Apabila menjejakkan kaki di sini nampaknya laluan masuk kelihatan agak sedikit berlainan. Tidak seperti kali pertama saya mengunjunginya yang lebih bersih tanpa semak samun. Kalau dikatakan kawasan ini telah ditutup tiada pula tanda-tanda yang menunjukkan ianya ditutup. Oleh itu, kami teruskan juga perjalanan kami ke terowong ini yang terletak 150 meter dari laluan masuk. Semakin dekat dengan kawasan terowong semakin sunyi dan gelap. kawasan ini seolah-olah terbiar dan tidak dijaga dengan baik. Apabila tiba di penghujung jalan... Oppssss...!!! biar betul!!!

Pokok-pokok yang tumbang telah menutupi laluan. Mengintai disebalik daun-daun pokok yang menutupi jalan, terlihat jambatan yang rosak dan tidak diselenggara. Sedihnya... kawasan ini seolah-olah terbiar. Jika benar telah ditutup, sekurang-kurangnya letaklah papan tanda kawasan ini telah ditutup.  Akhirnya kembali ke jalan utama dengan melalui jalan yang semak yang menakutkan.
Beginilah keadaan laluan disepanjang jalan. dulu, kawasan ini bersih dan tenang semasa melaluinya. Sekarang kawasan ini semak dan menakutkan. Sayang seribu kali sayang. Tidak tahu kenapa keadaan jadi sedemikian. Akhirnya kawasan yang dikatakan warisan sejarah kini hanya tinggal kenangan.

Apabila malam menjelma, Sahabatku membawa kami menikmati makan malam dengan makanan laut yang dikatakan murah. Pada awalnya ingin menikmati makanan laut segar di tanjung ketam, tetapi meja penuh. Akhirnya ke sebuah restoran berhampiran dengan jeti labuan. Masakan enak.. dan TERIMA KASIH BANYAK CIKGU FARIDAH HAZIS.. sekali lagi.. hehhehe..

  yum.. yum..

Agenda Besoknya : bercadang snorkling di Pulau Kuraman tapi kos sangat mahal. Bot paling kecik adalah bot yang boleh memuatkan 12 orang penumpang. Sewa sebuah Bot RM1000 untuk kami yang cuma 4 orang.. argh.. tidak berbaloi. lagipula Pulau Kuraman tiada coral. At last, we decided snorkling di Pulau Manukan, SABAH. yuhuuu..

No comments:

Post a Comment