Sunday, May 1, 2011

Around HK in 6 Days

DAY 1 : 15.01.2011, 

 Hong Kong is my first travelling calender in year 2011.

 
Tiba di Hong Kong International Airport pada jam 8.00pm. Oleh kerana kami menginap di kawasan Mong Kok, maka kami menaiki bas A21 from airport to Mongkok. The fare is HKD33 (RM13.20). 

Menikmati keindahan malam bandar Hong Kong dari Hong Kong Airport merentasi Lantau Island dan terus ke Kowloon by bus sangat menyenangkan dan yang bestnya, dalam bas pun ada free wifi.
Tiba di Airport Hong Kong jangan lupa:

1. Beli Octopus Card 
(perjalanan akan jadi lebih mudah dan sekiranya baki dalam kad tidak kurang dari HKD50, anda boleh dapatkan balik baki wang anda di kaunter yang sama)

2. Minta Hong Kong Map dan MTR Pocket Map di Kaunter Octopus Card.
(Untuk memudahkan perancangan perjalanan anda di Hong Kong)


Kami menginap di Dragon Hostel Mongkok yang terletak di kawasan strategik sebab berdekatan dengan Mong Kok MTR Station dan Ladies Market. Cuma perlu berjalan kaki kurang dari 5 minit. After checked-in di Hostel, kami tidak membuang masa terus keluar meninjau sekitar kawasan hostel dan tentunya destinasi pertama adalah Ladies Market. 



 
Ini keadaan jalan sepanjang menuju ladies market

Pada masa ini cuaca di Hong Kong agak sejuk kerana masih dalam Winter.  Malam pertama kami di sini, suhu cecah 15 darjah celcius. Apalagi, sementara berada di Ladies Market kesempatan diambil untuk membeli gloves dan kasut untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca. Try to bargain as low as you can.

kami tidak menemui restoran atau gerai-gerai makanan halal di kawasan Ladies Market.  Nasib baik kami siap-siap bawa bekalan makanan segera dari Malaysia. Terima kasih kepada sahabat Asmawati dan Ina Baharom yang bawa bekalan yang mencukupi untuk santapan kami berempat. Walau bagaimanapun, semasa melalui kedai-kedai yang berhampiran dengan kawasan hostel dalam perjalanan pulang, kami menemui sebuah kedai yang menjual kuih cakoi (You Tiao), piang, kek stim dan air kacang soya.

Tengok pun menyelerakan. Satu ketul berharga HKD8 = RM3.20.


Day 2 : 16.01.2011

Hari kedua kami merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Hong Kong dan Shopping. Tp baru jalan sampai Yau Ma Tei.. kaki dah sakit..

 
Argyle Street
(Kawasan Mong Kok juga dikenali sebagai Argyle)

Dari Yau Ma Tei, kami naik MTR terus ke Central Station. Menarik pada hari ini adalah kami cuba menaiki pengangkutan awam yg dipanggil tram. Perlu bayar HKD2 (RM 0.80) tidak kira anda berada di mana dan berhenti di stesyen mana. Pengalaman menarik dan perlu dirasai. Menikmati bandar Hong Kong Island dari Tram. dont miss it!

 
 TRAM

Tram merupakan pengangkutan yang paling murah di Hong Kong. Jika diamati, bentuknya seperti bas tetapi laluannya seperti sebuah keretapi. Landasan Tram berada di tengah-tengah jalan raya dan stesyen Tram ini juga turut dibina di tengah-tengah jalan.

Di hadapan Stesyen Tram





 Pemandangan dari Tram. Black line on the road adalah trek Tram.

Sempat ke IFC MALL. Tetapi tempat paling best dan berbaloi untuk shopping adalah kedai In & Out. 

 
Kedai In & Out boleh di temui di beberapa kawasan sekitar Hong Kong Island



Day 3 : 17.01.2011

THE PEAK & MADAM TUSSAUD
Dari Mong Kok MTR station, kami terus menaiki train ke Central Station. kemudian, kami berjalan selama lebih kurang 10 - 15 minit sebelum tiba di  Peak Tram Station Historical Gallery. Dari sinilah kami naik tram untuk sampai ke The Peak. Penunjuk arah yang comel ada membantu. Menaiki Tram menuju The Peak sangat mengujakan.sila ambil kedudukan di sebelah kanan kerana pemandangan dari kedudukan itu lebih baik dan hebat.


Pandangan dari The Peak

Sungguh menarik di The Peak kerana kita boleh melihat Bandar Hong Kong  dari sudut 360 darjah serta di sana juga ada Madam Tussaud yg menempatkan beberapa patung lilin artis Hong Kong dan personaliti dunia. Satu lagi yang menarik adalah  Scream Park di Madam Tussaud. Alamilah.. pengalaman menarik dan menakutkan di dalamnya.menakutkan kerrrrr....?

 Gadis Bond Malaysia


Kemudian, kami menuju ke Avenue of Star sebab nak tengok pertunjukkan  Simphony of Light. Tambah lagi hari ini adalah hari Isnin, persembahan adalah dalam Bahasa Inggeris. sekalipun temperature adalah 9 darjah celcius.. kami gah kan juga untuk menikmatinya. Persembahan bermula jam 8:00pm. jeng..jeng..jeng..




Mungkin ramai teruja melihat persembahan lampu laser tersebut. Tapi selepas persembahan, sebenarnya saya rasa biasa saja... Kalau pertunjukkan bunga api mungkin lebih ok. erm.. apapun, masing-masing punya pandangan dan perasaan.

Setelah itu, kami mulakan jelajah mencari makanan halal area Chung King Mansion, Tsim Sha Tsui. 1st Restaurant yang kami ingin cuba adalah Ziafat Restaurant yang menyediakan makanan Halal Arab. Mencari restoran itu agak susah sikit sebab tempat agak sesak dan lokasi bangunan restoran agak tersembunyi. Nasib baik ada orang kedai Ziafat restoran yang mengedar risalah restoran di tepi jalan depan bangunan yang menempatkan restoren ini. Jangan terkejut. Lif agak usang dan sikit horrorrrrrr..... ;p



Sedap juga makan di sini. Banyak dan mengenyangkan... cuma agak mahal jugak la..


Day 4 : 18.01.2011

DISNEYLAND HONG KONG


Hari ini adalah seharian di DisneyLand.... Hebat!!! Besar dan luas berbanding Universal Studio di Singapore. Kawasan  yang indah dengan warna dan bunga membuatkan gambar nampak cantik dan menarik..


 Tarzan's TreeHouse
Bila tengok Treehouse ni rasa macam nak menginap semalam.. hehhehe


Saat yang paling meriah dan menghiburkan adalah melihat dan menonton persembahan bunga apa di depan Istana Fantasy Land sambil minum kopi..  Fuh...memang meriah...



Day 5 : 19.01.2011

Jelajah Makanan Halal Islamic Center Canteen (ICC)

Bertolak seawal jam 9.00 AM, kami mula jelajahi Hong Kong untuk mencari restoren makanan halal yang perlu dicuba seperti mana yang disyorkan oleh blogger lain. From Mong Kok Station kami menaiki train terus menuju ke Admiralty Station dan tukar laluan (interchange) biru menuju Causeway Bay Station. kemudian mencari kedudukan Masjid Ammar kerana restoren ICC berada berhampiran. 

 Yeay.. akhirnya jumpa..







Pau yang lazat.. lebih sedap berbanding Pau yang berada di Malaysia. Luar yang lembut dan boleh dimakan kosong tanpa inti didalamnya.. so Yummy...


Day 6 : 20.01.2011


Ngong Ping Village

Hari terakhir di HK kami habiskan untuk menaiki crystal cabel car ke Ngong Ping Village. Berhampiran kawasan ini juga terletaknya The Giant Buddha. Cara yang paling mudah, cepat dan indah adalah dengan naik Crystal Cabel Car.


Ngong Ping Village ni boleh dikatakan kawasan mesra alam sekitar sebab tiada plastic bag di sini.  Sebab itu, jika tiba sahaja di entrance Ngong Ping, anda akan lihat NP 0 PSB (Ngong Ping zero Plastics Bag)

 Kawasan Ngong Ping Village. Kawasannya bersih dan nyaman.


Nak naik atas kena bayar jugak. habiskan masa di Ngong Ping Village  kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur adalah pada sebelah malam. Masa dalam Kabel OTW ke kampung ini, ada sorang Mat Saleh tunjuk gambar Giant Buddha sebelah malam. Lawa siot... Tapi apakan daya, tenaga dan duit sudah tinggal dihujung-huuuujung..

bye bye Ngong Ping


Perut sudah berbunyi. Malangnya restoren makanan halal di Kampung ini agak meragukan kerana kedainya turut menyediakan arak tapi tidak ingat arak jenis apa. Disebabkan keraguan kami terus merancang untuk makan di Airport Hong Kong saja.




The only one Halal Restaurant at Hong Kong Airport  is Popeye Fast Food Restaurant. Jurujual agak kasar dan rasa macam nak lempang. Tapi biarkan jer la.. kami sudah lapar dan perlu makan dengan segera sebelum migrain datang da...

No comments:

Post a Comment