04.02.2011
I and my cousins telah merancang untuk meraikan Chinese New Year di Pulau Siloso, Singapore. The Main reason is want to see "the songs of the sea". But this time, saya tidak beli tiket via online sebab masa tu hujan sentiasa. Takut beli awal nanti persembahan batal sebab hujan dan duit tidak akan dikembalikan. So, we just walk-in and hope the ticket still available for us.
we went to Singapore from Johor Baharu by bus and it was cost us at RM2.50 per person. Kami menaiki bas dari Stesyen Larkin dan memilih bas yang akan berhenti di Queenstreet sebab Queenstreet tempat yang strategik and very easy to go anywhere whether Bugis Street, Arab Street, or Little India. Bugis MRT juga tidak jauh.
Selepas tiba di Stesyen Queenstreet, pasti akan terlihat signage ini. Untuk ke Bugis Street Market, beloklah ke kanan dan jalan terus hingga anda jumpa bangunan yang bertulis Bugis Village. Sekiranya jalan sikit ke depan lagi akan jumpa gerai Bugis Street Market. Sekiranya anda ingin ke gerai-gerai berwarna merah tu boleh jugak ke Bugis Street. Subway MRT Bugis, boleh dikatakan terletak bersebelahan dengan deretan gerai ini.
Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya tiba di persimpangan jalan antara Bugis Market atau Bugis MRT. Kalau nak ke Bugis MRT melintaslah ke kiri. Tapi kami terus ke depan sebab nak ke Bugis Street Market.
Unik kan bangunan itu. Itulah Backpacker's Hostel. Perancangan awal nak bermalam di sini tapi dah fully booked. so, kitorang buat one day trip di Singapore ini.
Akhirnya tiba di Bugis Street Market. Jarak dari Queenstreet tadi dalam anggaran 5 minit walking distance la... Tempatnya bersih dan laluannya tidak melekit dan basah walaupun ada gerai buah-buahan dan minuman. Tidak seperti di Chow Kit Road.
Selepas berkunjung ke Bugis Street, kami meneruskan perjalanan ke Merlion Park. Tak sah kalau tak singah Merlion Park yang menempatkan patung Merlion yang berkepala Singa dan berbadan duyung. Kami menaiki MRT dari Bugis ke Raffles Place.
Sangat mudah mengelilingi Singapore dengan MRT ni. Dari Bugis MRT kami turun di Raffles Place. Jalan yang kami lalui untuk ke Merlion Park tidak membosankan kerana ada saja bangunan / pemandangan yang indah untuk dirakamkan dengan kamera yang ada.
Merlion Park cuma di depan seberang jalan sana bersebelahan dengan Jambatan berwarna putih itu. Tetapi kami memutuskan untuk ke Esplanade Park dulu. Esplanade Park dengan Merlion Park dipisahkan oleh sungai ini.
Selepas melalui Jambatan ini dari depan Hotel Fullerton, anda akan melihat sebuah terowong kecil. Ikuti jalan tersebut dan anda akan sampai ke Esplanade Park.
Kemudian dari sini, kami melalui jambatan putih tadi dan kemudian ternampak pakcik jual aiskrim potong di hujung jambatan. Harga ice-cream SGD1 (RM2.40). selepas melalui jambatanitu sila belok ke kiri dan jalan terus hingga jumpa patung Merlion.
Akhirnya dah sampai
Dari tempat ini boleh nampak Marina Bay, Bangunan Esplanade dan juga Kompleks Sukan Padang Terapung Singapore
Setelah itu, Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Pulau Siloso. Perjalanan ke Pulau Siloso ini lebih kurang sama macam nak ke Universal Studio. Dari Raffles Place interchange di Outram Park ke Harbour Front. Terus masuk Vivo City mall dan naik ke level 3 untuk beli tiket monorail. Harga tiket monorail SGD3. Boleh guna pergi dan balik. So jangan buang lor... entrance fee ke Pulau Siloso = percuma.
Sesampai jer Pulau Siloso terus ke kaunter beli tiket Songs of the Sea tetapi dah Sold out untuk tayangan pukul 6pm. Jadi kami batalkan rancangan dan terus meninjau tarikan di Pulau Siloso.
Pantai Pulau Siloso
For me, pantainya tidak menarik. Tidak secantai pantai di Pulau Redang, Perhentian, Sipadan, Mabul dan beberapa lagi pantai di Malaysia.
Terus ke Imbiah Lookout. Tidak mahu membazir masa. belasah jer la apa yang ada
Sentosa Cable Car
Ambik kesempatan bergambar didepan globe Universal Studio semasa melalui jalan ini dalam perjalanan pulang.
Setelah itu, kami pun pulang ke Johor Baharu dengan menaiki bas di Queenstreet. Harga tiket bas adalah SGD2.50. kalau tengok dari segi nombor macam RM2.50 tapi dikira dalam nilai SGD da... maknanya tambang bas balik JB adalah RM6. Nilai matawang naik ke turun tidak memberi kesan kepada kadar tambang bas. Pertukaran tetap dalam kadar SGD1 = RM2.40. Uncle jual tiket bas di singapura ini kasar macam nak hentam orang. Ikut hati macam nak maki jer uncle ni. Tapi kena sabar... pertama : hormat orang tua, Kedua : Negara orang, Ketiga : dah penat so kitorang layan jer la ...
No comments:
Post a Comment