Sememangnya, telah dirancang bahawa kami akan mengunjungi Jakarta dan Bandung sekali gus. Menaiki keretapi ke Bandung dari Jakarta untuk menikmati dan merasai kehidupan rakyat tempatan Indonesia.
Kami menginap di Hotel Cemerlang. Jarak hotel itu dari Stasion Bandung agak dekat lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Keluar sahaja dari pagar utama stesyen ini terus belok kira dan jalan lurus sehingga berjumpa dengan papan tanda yang besar " Hotel Cemerlang". Selepas check-in, kami pun terus keluar mencari Rumah Mode yang dikatakan popular itu.
Naik angkotan ke Jln Sukajadi. Tetapi pemandu angkot itu bilang tidak boleh menghantar kami ke sana kerana jalannya adalah berbeda. Maka kami pun turun di suatu persimpangan jalan yang menurut pemandu angkot itu cuma jalan terus dan belok kiri. Kami yang baru pertama kali mampir ini pun belasah jer la..
Sepanjang jalan kami bertemu banyak toko-toko (boleh dikatakan butik la) yang unik dan hebat. Mulanya kami masuk House of Donatello. Tempat ini banyak menjual kasut dan beg kulit. Ada yang murah dan ada yang biasa saja. Tapi rekaan kasutnya agak comel dan unik jugak. Bersebelahan dengannya adalah Natural Factory Outlet. Jika jalan terus akan berjumpa dengan Mode Plus dan akhirnya Rumah Mode. Bila dah jumpa, tak buang masa lagi. Terus masuk... Shopping!!!
Shopping tak ingat dunia... sedar tak sedar, hari sudah malam. Kami pun meneruskan perjalanan ke Jln Cihampelas. Kononnya meriah dengan jualan Jeans disamping diwarnai dengan replika-replika karektor hero kartun seperti Spiderman, Rambo. Memandangkan hari sudah malam, maka karektor itu tidak begitu jelas. Lagipun Jln . Cihampelas sudah sunyi kerana banyak toko-toko (kedai) yang sudah tutup. Jadi, kami terus ke Cihampelas walk.
Cihampelas Walk ini kira macam shopping mall la... Tak kisah la... Masuk Cihampelas walk cari makan. Tetiba nampak satu warung yang buat lidah rasa gatal nak mencuba.
Stasion Gambir (Jakarta)
Kami mencuba untuk menaiki keretapi Argo-Gede ke bandung kerana masa perjalanannya yang lebih cepat dan pendek berbanding keretapi yang lain. Tambangnya Rp. 60,000 untuk kelas eksekutif. Mengikut kata blogger-blogger lain, ada dua jenis keretapi yang disyorkan iaitu Argo-Gede dan juga Parahyangan kerana dikatakan lebih selamat dan selesa.
Pemandangan dari dalam keretapi
Indonesia juga kaya dengan sawah padi yang luas terbentang
Hebat!.. dengan menaiki keretapi, kita dapat menyaksikan bentuk muka bumi Indonesia, perkampungan, struktur bangunan, kehidupan penduduknya dan macam-macam lagi. Tempoh perjalanan ke Bandung sepatutnya dalam 2 jam 45 minit. Tetapi di tengah-tengah perjalanan keretapi bergerak semakin perlahan. Dimaklumkan kononya semalam berlaku tanah runtuh. Justeru, laluan railnya telah rosak dan perlu dibaiki.
Rail keretapi yang sedang dibaiki
Akhirnya sampai...
Stasion keretapi Bandung
Naik angkotan ke Jln Sukajadi. Tetapi pemandu angkot itu bilang tidak boleh menghantar kami ke sana kerana jalannya adalah berbeda. Maka kami pun turun di suatu persimpangan jalan yang menurut pemandu angkot itu cuma jalan terus dan belok kiri. Kami yang baru pertama kali mampir ini pun belasah jer la..
Sepanjang jalan kami bertemu banyak toko-toko (boleh dikatakan butik la) yang unik dan hebat. Mulanya kami masuk House of Donatello. Tempat ini banyak menjual kasut dan beg kulit. Ada yang murah dan ada yang biasa saja. Tapi rekaan kasutnya agak comel dan unik jugak. Bersebelahan dengannya adalah Natural Factory Outlet. Jika jalan terus akan berjumpa dengan Mode Plus dan akhirnya Rumah Mode. Bila dah jumpa, tak buang masa lagi. Terus masuk... Shopping!!!
Shopping tak ingat dunia... sedar tak sedar, hari sudah malam. Kami pun meneruskan perjalanan ke Jln Cihampelas. Kononnya meriah dengan jualan Jeans disamping diwarnai dengan replika-replika karektor hero kartun seperti Spiderman, Rambo. Memandangkan hari sudah malam, maka karektor itu tidak begitu jelas. Lagipun Jln . Cihampelas sudah sunyi kerana banyak toko-toko (kedai) yang sudah tutup. Jadi, kami terus ke Cihampelas walk.
Cihampelas Walk ini kira macam shopping mall la... Tak kisah la... Masuk Cihampelas walk cari makan. Tetiba nampak satu warung yang buat lidah rasa gatal nak mencuba.
Warung ini memang unik. Warung ini menyediakan makanan yang berasaskan Tauhu. Tauhu Telaga! yum yumm.. MESTI CUBA!. Difahamkan resepi ini adalah resepi orang Sunda. Hari ini, perkara yang paling best dan tidak boleh dilupakan adalah makan TAUHU... memang sedap beb.
No comments:
Post a Comment