Saturday, July 9, 2011

STuDIO JaLaN AMPaS

Berkesinambungan dengan lawatan ke Stesen Tanjung Pagar pada 18 Jun 2011, aku memenuhi masa yang ada dengan terus mencuba nasib menjejakkan kaki ke No. 8 Jalan Ampas, Singapura sebab bukan semua orang bernasib baik boleh memasuki studio tersebut. 

Kenapa Studio Jalan Ampas? Sebelum ini pernah terbaca beberapa blog mengenai Studio Jalan Ampas yang kini hanya tinggal kenangan. Studio Jalan Ampas yang suatu ketika dulu pernah melahirkan ramai bintang filem dan juga merakamkan banyak filem-filem melayu, kini jadi kawasan terpencil dalam bandar Metropolitan Singapore dengan dikelilingi bangunan perumahan yang tinggi sehingga menutupi pengaruh studio itu sendiri.

 Hadapan pintu masuk Studio Jalan Ampas

Sebagaimana pengalaman-pengalaman blogger yang telah berkunjung ke sini, Studio ini kelihatan terbiar dan tentunya kunjungan kami juga tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke studio. Apalagi mencuba nasib untuk meninjau keadaan sekeliling, mana tahu ada orang yang boleh membantu. Menerobos masuk melalui lubang-lubang pagar, terlihat sebahagian bangunan yang sedang dibaik pulih.

 Kelihatan juga pekerja yang berbangsa asing. rasanya seperti dari Bangladesh

Tengok kiri kanan dengan harapan yang cukup dalam agar pintu ini dibuka untuk kami merakamkan kenangan. Namun pekerja ini sungguh taat malah tidak menghampiri pintu pagar pun... Lalu kami terus berjalan ke arah satu jambatan yang digelar Jambatan Madu Tiga.


Kemudian semasa menyelusuri jalan balik, kembali meninjau keadaan studio dengan doa dan harapan agar kami jugak antara yang bernasib baik dan punya rezeki untuk masuk seperti blogger yang lain. Akhirnya, setelah memujuk-mujuk 2 orang pekerja tersebut akhirnya pintu pagar dibuka.... yuhhuuuuuu...


Menurut blogger, bangunan yang tinggal cuma bangunan pejabat sahaja.

 Dalam bangunan masih ada barang dan beberapa perobot lama


Terima kasih kerana benarkan kami masuk walaupun cuma 5 minit. terima kasih bloggers kerana bercerita dan berkongsi pengalaman anda mengenainya. Walau bagaimanapun, semasa kunjungan kami nampaknya bangunan Studio Jalan Ampas ini seperti akan dibuka tidak lama lagi memandangkan pekerjanya sibuk membaik pulih dan bangunan juga telah dicat. Berbeza dengan pengalaman blogger lain yang mana bangunannya masih kelihatan dalam keadaan usang dan terbiar dan berlumut. 

Mungkin Studio Jalan Ampas sudah tidak lagi gah pada nama. Sejarahnya kini dilupakan dan tidak terpahat dalam hati rakyat singapura terutamanya. Mungkin bukan semua mereka lupa tapi ramai yang tidak ingat atau mungkin tidak tahu kerana semasa kunjungan, pemandu teksi juga tidak tahu di mana lokasinya melainkan menyebut Shaw Plaza, balestier road. Tapi mungkin jika benar andaian, Studio ini akan dibuka semula untuk orang ramai sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi, maka akan ramai generasi baru dan lama yang berpeluang mengunjunginya..


Rujukan lain :
    http://abangjebat.multiply.com/journal/item/34
    http://sayaanakwayang.blogspot.com/2009/02/malay-film-studios-jalan-ampas.html

    http://haniesalwah.blogspot.com/2007/03/jalan-ampas-dahulu-dan-kini.html 
   
    http://thelongnwindingroad.wordpress.com/2010/11/11/where-legends-of-the-silver-screen-had-once-set-foot-on-no-8-jalan-ampas/

  

   

 

No comments:

Post a Comment