SAWADIKAP....
Apa yang ada di Had Yai? hmmmmm... aku pun tak tau. ;p tapi masa perancangan tu setuju jugak ke Had Yai. Apa-apalah... Setibanya di Had Yai rupanya Had Yai tempat pelancongan yang kurang sesuai untuk berjimba-jimba kerana... (ehem-ehem). Waktu malam akan keluarlah... BATWOMEN. Para wanita jangan berjalan sorang diri. BAHAYA...
Awal pagi tentunya hendak bersarapan dulu. Jadi, kami pun terus mencari restoren halal yang berdekatan. Sambil-sambil mencari teksi ke Songhkla, akhirnya terjumpa restoren Hamid.
Sarapan pertama di restoren ini. Makanan agak mahal sikit. Mungkin sebab bekalan makanan halal susah nak dapat
Bihun seafood di restaurant Hamid
Dapat menyaksikan kehidupan masyarakat luar adalah kepuasan bagi aku. Apalagi merasainya. Boleh lahir rasa insaf dan CINTAI NEGARAKU MALAYSIA. Menaiki kenderaan awam yang paling popular dan murah iaitu "tut-tut" seronok jugak. Tapi kena hati-hati, adakalanya ambik kesempatan. harga tambang biasa adalah 200 baht sekitar bandar Had Yai.
Kalau dah masuk ramai-ramai agak sempit. Tapi tengok pemandangan dari depan dan belakang buat hati rasa senang. Begini rupanya keadaan dan perasaannya naik tut-tut.
Semasa di Had Yai kami menginap di Louise Guest House. lebih kurang macam motel la. very basic accomadation. No TV, hot water, and bath towel. Hanya ada face towel, dua gelas dan hitter jug. Katil saiz Queen. Overall, bilik nampak sedikit lama tapi agak besar sedikit berbanding hostel yang pernah saya dan kawan-kawan menginap di Hong Kong. Jadi, sesuailah mungkin dengan harganya. Bilik kipas 300 baht dan bilik aircond 500 bath. Hostel ni sentiasa punya bilik yang kosong. Jika bercadang untuk menginap di sini sila bawa bath towel sendiri.
Lobby Louise Guest House
Alkisahnya, kami ingin ke Pasar Terapung (Floating Market) atau dalam bahasa siamnya dipanggil Thalag Nam yang dikatakan kawasan pelancongan baru yang dibuka di Had Yai. Semasa jalan-jalan tengok kawasan sekitar Had Yai sempat survey harga tambang teksi ke pasar terapung iaitu 500 bath pergi dan balik. Kemudian bila tanya tambang tut-tut yang berada di depan hostel ini, katanya 600 bath pergi dan balik. WoW!.. lebih mahal dari teksi. Walhal, teksi Had Yai adalah Toyota Altis ok... Jadi kami pun naik Teksi la... Kes yang kedua pula masa kami nak balik ke Malaysia. Tanya tambang tut-tut ke Airport Had Yai. Pemandu itu kenakan 500 baht. Nasib baik saya sempat survey tambang teksi ke Airport iaitu cuma 300 baht. Sudahnya, kami naik teksi saja.
Selepas bersarapan kami pergi ke Pasar Hadyai. Kononnya popular dengan barangan murah. Tambang naik tut-tut 20 baht. bila sampai tentunya saya mencari sutera thai yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Namun, tiada apa yang menarik. Jujurnya, material kain agak keras dan tidak sesuai dipakai di Malaysia yang bercuaca panas. Pusing-pusing pasar Hadyai, akhirnya saya cuma berkenan beli shoulder bag. kira murah jugak la...
Petang itu, kami ke Pasar Terapung Had Yai (Floating Market) pada jam 4:00 PM sebab pasar ni hanya dibuka pada jam 3:00 PM. Perjalanan ke Pasar ni pula mengambil masa dalam 30 minit. Sebenarnya, pasar ini terletak di kawasan Songhkla. Mungkin betul-betul di sempadan Had Yai-Songkhla. Tambang naik teksi pergi dan balik 500 baht.
Front of Floating Market Main Entrance
Itulah Floating Market...
No comments:
Post a Comment